Pages

Friday, April 26, 2013

SABUN SUSU BERAS PLUS COLLAGEN


Good News buat semua!!!!
Sebelum ini mas mendapatkan stok dari stokis area KL. Harga memang jauh berbeza.
Kali ini mas berjaya mendapatkan produk direct dengan stokis / pengeluar. Akhirnya mas ingin umumkan harga terbaru Sabun Susu Beras + Collagen yang mendapat sambutan ramai ni. Pada yang berminat nak memulakan perniagaan, bolehlah refer harga dozen ya. Memang berbaloi2...

Nak kongsikan juga sebenarnya khasiat susu. Yang terkandung dalam sabun istimewa ini. Insya Allah, entry selanjutnya nanti ya. Apapun, pada pengguna setia produk ini, memang puas hati. 

HARGA SEKETUL: RM 8.00 (X Termasuk Pos)
HARGA 3 KETUL: RM 20.00 (Free Pos)

Untuk berminat berniaga sendiri:
**HARGA 2 DOZEN: RM 60.00 (Semenanjung)
RM 65.00 (Sabah dan Sarawak)
(Free Postage ya)

Sunday, April 21, 2013

SABUN SUSU BERAS PLUS COLLAGEN



Lagi perkongsian mas berkaitan sabun susu beras plus collagen. Sebelum ke topik utama, sambutan sabun ini memang amat menggalakkan. Semestinya habis sedara-mara, malah keluarga mas sendiri telah menggunakan produk ini kerana memang tidak memudaratkan. Malahan, kesan ketara pada kulit wajah mas selepas pemakaian secara konsisten meyakinkan adik2 mas dan saudara mara untuk turut menggunakan produk ini. Insya allah, kali ni, mas nak share beberapa persoalan yang kebanyakan pemakai utarakan selepas penggunaan produk ini.

SOALAN2 BIASA YANG MAS DENGAR:
S: Jika saya menggunakan Sabun Susu Beras tanpa Krim Susu Beras, berapa lamakah kita boleh lihat kesannya?
J: Kesannya bergantung dengan individu itu sendiri, kesan paling cepat, 3 hari, seminggu atau 2 minggu

S: Saya beru mengunakan sabun susu beras + collagen. Selepas menggunakan (membasuh wajah) muka terasa perit dan pedih. Kenapa?
J: Permulaan bagi mereka yang mengalami resdung pada muka, muka akan terasa pedih dan perit. Jangan risau, ini hanya permulaan bagi mereka yang mengalami resdung. Ianya akan beransur pulih dengan penggunaan yang kerap.

S: Saya beru sahaja menggunakan sabun ini dalam masa 3hari sahaja. Jerawat memang kering dengan cepat, tapi keluar pula jerawat2 kecil. Kenapa? 
J: Masalah ini sebenarnya ada yang mengalaminya dan ada juga yang tidak. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Tetapi, masalah itu biasa akan dialami bagi sesetengah individu yang mempunyai masalah resdung atau masalah dalaman yang lain. Jangan risau, penggunaan yang berterusan akan membantu mengatasi masalah itu. Sekali lagi penggunaan yang konsisten membantu kulit anda merawatnya.

S: Saya baru sahaja mencuba sabun susu beras ini. Tetapi, masalah yang saya hadapi setelah menggunakannya seminggu, kulit muka saya menjadi kering dan sedikit mengelupas. Adakah ianya tidak sesuai dengan kulit muka saya?
J: Kesan permulaan untuk setiap individu tidak sama.Kesan tindakbalas kering dan mengelupas itu adalah sel kulit mati yang tebal. Sila basahkan tuala dan gosokkan perlahan ditempat yang mengelupas. 

TIPS:
Sedikit tips daripada mas. Penggunaan sabun susu beras plus kolagen boleh digunakan hari2. Untuk kesan efektif, anda digalakkan menggunakan PEMBERSIH SKRUB WAJAH SABUN SUSU BERAS bersama. Penggunaa pembersih yang mengandungi skrub wajah ini seeloknya 3 kali dalam seminggu. Insya allah anda pasti akan nampak perubahannya. 

HARGA SEKETUL: RM 8.00 (X termasuk pos)
HARGA 3 KETUL: RM 20.00 (Free Postage)
HARGA 2 DOZEN: RM 60.00 (Free Postage)



Wednesday, April 10, 2013

SABUN SUSU BERAS PLUS COLLAGEN


Sebelum ini pasti ramai yang sedia maklum pada sabun susu beras. Rata-rata ramai yang menggunakan sabun susu beras kerana harga yang memang murah dan sangat terbukti berkesan dalam penjagaan wajah malahan seluruh tubuh badan.

Namun berbeza sedikit dengan sabun susu beras biasa, kami ingin kongsikan bersama sabun susu beras + kolagen. Menariknya, ianya 100% menggunakan bahan semulajadi dan ianya dirumus khas daripada susu beras yang asli. Beras extract yang terkandung didalam sabun susu beras + kolagen ini pula didatangkan daripada beras Jasmine (kalau harga beras tu di M'sia memang mahal dan berasnya sebutir2 bila dimasak).
Khasiat dari sabun ini diperkaya dengan vitamin B bagi menyamaratakan tona kulit dan mencerahkan kulit pada yang menggunakannya.

Antara Khasiat Sabun Susu Beras + Kolagen adalah:
- menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
- berkesan menanggalkan sel kulit mati, parut-parut jerawat, jeragat dan kulit berminyak (PERHATIAN: penggunaan yang konsisten akan lebih nampak hasilnya)
- menanggalkan kesan solekan dengan efektif

Sekiranya digunakan sebagai sabun mandi, khasiatnya terdiri daripada:
- menanggalkan bintik hitam, atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda
- sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang bermasalah
- memberi kesan kesegaran sepanjang hari
- badan tidak melekit walaupun berpeluh (mas sendiri telah mencuba produk ini dan still maintain dan akan terus menggunakan sabun ini!!)
- menghilangkan bau badan
- boleh digunakan sebagai penanggal make-up
- menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang TANPA pengelupasan
- berkesan merawat penyakit resdung (mas memang ada masalah resdung, alhamdulillah, selepas penggunaan sabun susu beras ini, resdung mas jarang sekali dok bersin2 yang teruk)


PENGALAMAN MAS SENDIRI
Terus terang mas akui mas sendiri telah menggunakan produk Sabun Susu beras + Kolagen ini malah mas apply ke seluruh anggota badan sebab memang terasa lain sangat produk ni daripada produk yang berlambak dan mahal2 dipasaran sekarang. Even sebelum ini, mas menggunakan set produk penjagaan muka yang mahal di pasaran, tapi hampa sangat sebab tiada perubahan.

Selepas adik ipar memperkenalkan produk ini, mas terus cuba sebab kakak ipar mas yang dulu mukanya berjeragat dan kusam, kini berubah apabila jeragat hilang dan wajah lebih cerah, mulus dan tegang. Tu yang mas berani nak perkenalkan produk ini kepada semua.

Apa yang berani katakan, saat mas apply produk ni di wajah mas, memang kulit terasa tegang, bersih sangat dan hari demi harilebih yakin sebab wajah lebih bersih. Insya allah, mas yakin kalau mas maintain (PASTI MAINTAIN) jeragat di wajah akan hilang.

Jangan risau, kerana produk ini halal dan tidak mengandungi bahan2 yang meragukan. Malahan telah mendapat kelulusan KKM dan ini yang bertambah meyakinkan mas untuk terus menggunakan produk ini.

ANDA BERMINAT? JOM TENGOK HARGA YANG KAMI TAWARKAN....

HARGA 1 BUKU: RM 8.00 (x termasuk pos)
HARGA 3 BUKU: RM 20.00 (FREE POS - BEST!!)
HARGA 2 DOZEN: RM 60.00 (Termasuk Pos)

Nota: Kesan yang efektif lebih baik sekiranya penggunaan berterusan selama 3 bulan